Ahad, 6 Jun 2010

Madhi dan Mudhari' pada Mei dan Jun 2010


2010, serangan Tentera Israel Ke atas Armada Pembebasan Sekatan,demonstrasi di serata dunia pada hari jumaat yang lepas,Turki,London,New York,Sweeden,Belfast,Malaysia mengambil bahagian dalam mengutuk serangan Israel tersebut,PBB yang diketuai Amerika dan Barack Hussein Obama mengutuk bersama dan senyap tanpa membalas serangan Israel dengan ketenteraan,OIC bagaikan tidur dimusim panas,Liga-liga Arab hanya mementingkan perut masing-masing agar tidak Gastrick, inilah sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila hingga dihighlightkan oleh Allah di padang Mahsyar nanti.Yahudi oh yahudi sampai aku nak baca kau dalam surah Al Baqarah ayat 120 dengan kasrah,sepatutnya dhommah,kerana adat kami mengkasrahkan kau,bukan niat nak tahrifkan ayat-ayat Allah,tetapi terbaca.Sehingga nama yahudi dan nasrani tercatit dalam Al quran,jangankan Melayu,melayu mudah lupa bak kata Chet Det.Kita juga dapat perhatikan rakan-rakan kita simpati ke atas Palestin,boikot barangan Israel, Pic profil bendera palestin,gambar mujahidin sebagai gambaran Love Palestin,Save Gaza, Free Palestin.Sampai sekarang aku nanti-nantikan bila agaknya Mesir hendak berdemonstrasi ni? Barangkali Universiti Al Azhar sibuk dengan peperiksaan kot.Alhamdulillah dunia semakin celik dengan kezaliman Israel,Muhammad,Lim Kit,Samy Vell,Fabregas,yaya toure bersama-sama di hati rakyat Palestin,Israel semakin tidak Popular dalam vote love Israel.I Hate Israel,Ana la uhibbu Israel,saya benci Israel adalah vote yang paling tinggi setakat ni.Yahudi Lan Tardaa dan Nasara La Tardaa pada mereka yang tak mengikuti cara hidup Maghdhubi 'alaihim dan dhollin.


2010 juga bakal menyaksikan Worldcup di South Africa.Italy,Spain,France,Brazil,Germany dan lain-lain bakal beraksi.Waktu ni lah dunia akan memberi tumpuan dan perkara yang merisaukan adalah isu-isu dunia seperti attack Palestin hampir lenyap di minda dunia dan barangkali Israel akan mengambil kesempatan untuk mengatur serangan keatas musuh mereka kerana Worldcup dapat mengalih pandangan dunia,na'udzubillah.Ada yang bermain Fantasy Worldcup,ada yang sibuk dengan intro worldcup dan tak kurang juga ada negara meluluskan lesen judi sempena worldcup.Entah hujjah mana la YADIM pakai,ke negara tersebut berhutang budi dengan Kumpulan Berjaya,maklum la kerugiaan negara itu berbilion-bilion ringgit,nak cari duit untuk pilihanraya umum nanti,tu pasal bagi lesen judi kat Vincent Tan.Tambahan lagi, baru-baru ni Vincent Tan mahu mendermakan RM525 juta hasil penjualan kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd kepada Better Malaysia Foundation.Dah la kes jenayah semakin teruk,ditambah lagi judi yang meruntuhkan lagi moral masyarakat.Mana tindakan tok-tok guru mereka ni?Hanya setakat hebat berhujjah dengan Dr. Asri,isu judi,APCO,senyap bak kata tokoh Demokrasi Malaysia "Dalam mulut mereka ada coklat,bila ditanya,apa respon syeikh terhadap APCO,isu judi?mereka senyap,kalau cakap nanti coklat jatuh".Dan ingat lagi sedutan dalam Filem P.Ramlie yang berjudul Ali Baba "Cik siti nak apa?saya nak belacan.suhhhh,senyap-senyap cik siti.kenapa Pak Mat?Ini negara,candu,dadah,judi ada lesen,belacan tak de lesen.ooo cam tu"(aku tambah-tambah sikit nak cukupkan rasa,kurang garam).


Dan hari ni,kepulangan seorang pejuang BKPJM iaitu Abang Hairi,seorang aktivis PMRAM,dia pernah memegang jawatan EXCo BKPJM,YDP BKPJM dan Penasihat BKPJM.Seorang yang peramah terhadap semua lapisan ahli BKPJM.Ketika memegang portfolio yang tinggi,beliau pernah memegang jawatan AJK masak,ya Rab!!sungguh rendah diri Abang Hairi,akan kami tauladani sebagai adik-adikmu. Pernah dia memesan kepada kami agar menjaga BKPJM ni.Moga-moga ada generasi akan datang seperti dia,adakah Pie Musni?ataupun Man Hakim?ataupun Tok Moh?.I.sya Allah jam 4 petang dia akan bertolak ke lapangan terbang.Moga kita bertemu di tanah air dalam gerakan Islam, Satu Fikrah Satu Amal.


Wallahu a'lam..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan