Khamis, 24 Jun 2010

Siri 1 dan ke-2 gagal, adakah siri Ke-3 Mumtaz atau Rasib?



1.Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Presiden Parti Islam Semalaysia(PAS).PAS sebuah parti politik yg berdaftar dalam negara yang mengamalkan demokrasi.JI di Malaysia bukanlah parti politik,Dr.Azhari Husin bertindak bukan atas nama PAS,tapi JI. JI di Malaysia tidak mengamalkan sistem demokrasi,bahkan dunia mengaitkan JI adalah organisasi pengganas antarabangsa.Ini bermakna PAS bukanlah JI,patutkah Presiden PAS difitnah sebagai Pengganas?

2.DAP dan PKR berpakat dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.Setiap mesyuarat PR akan dihadiri pimpinan parti politik,Tuan Guru Abdul Hadi Awang,Lim Kit Siang,Datin Azizah dan Pimpinan Utama PR Dato' Seri Anuar Ibrahim duduk semeja membincangkan halatuju PR. Perkara ini menafikan Tuan Guru adalah Pengganas.Padahal majoriti DAP adalah bukan Islam.Walaupun 'angin' Islamphobia ditiup oleh Musuh Allah selepas berlaku pengeboman WTO, pengeboman di Bali dan lain-lain,PAS yang diketuai oleh Tuan Guru membawa makna Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam khususnya.Ini terbukti,Dewan Himpunan Penyokong PAS ditubuhkan baru-baru ini sehingga menjadi sayap parti PAS.Hal ini menunjukkan PAS mula mendapat tempat di hati bukan islam.Adakah patut Presiden PAS dituduh sebagai Pengganas?

3.Dua siri tuduhan ke atas Tuan Guru sebagai Pengganas gagal mengutarakan bukti.Siri pertama,Mosad menuduh beliau sebagai pengganas selepas perundingan sulit diantara Zahid Hamidi dengan Menteri Pertahanan Israel.Siri Kedua,akhbar ternama Britain,Daily Mirror di mana akhbar itu telah bersetuju meminta maaf kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda.Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk "AL-QAEDA - Abdul Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.
Dua siri tersebut gagal mengheret Tuan Guru sebagai Pengganas,dan akan menafikan jika terdapat siri berikutnya.Benarkah siri ketiga membuktikan bahwa Tuan Guru adalah Pengganas?

4.Siri ketiga,baru-baru ni Kerajaan,PDRM dan ulamak jemputan iaitu Zamihan sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) dalam suatu taklimat keselamatan negara di Bukit Aman cuba mengaitkan Tuan Guru terlibat dengan JI.Di parlimen Malaysia pula,kerajaan enggan memberi jawapan rasmi terhadap tuduhan tersebut. Pelik Bin Ajaib,tetiba je isu JI ditimbulkan kembali.Kalau nak timbulkan pun,kena ada isu yang menimbulkannya,misalnya pengeboman WTO,pengeboman di Bali,baru releven menimbulkan isu JI.Tambahan pula mereka mengatakan JI mula beraksi semula di Malaysia,entah bom apa yang meletup kat Malaysia,adakah berkaitan isu penahanan warga Malaysia di Mesir? atau cuba mencipta isu untuk menutup isu judi bolasepak,isu APCO,isu jual khazanah negara kepada Brunei?Barangkali APCO menasihati mereka sehingga Ustaz Zahiman kena jerat mereka. Maklumlah APCO proksi Zionis Yahudi,dan Yahudi Lan Tarda kat Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Dua siri tuduhan yahudi telah gagal,mereka cuba siri ketiga,inilah yang dinamakan Freemasion Zionis Yahudi.Zionislah Pembunuh pelarian Shabra dan Shatila! Zionislah Pembunuh warga Umum di Kapal laut Mavi Marmara!Zionislah sebenarnya Pengganas! Member-member APCO adalah pengganas!Patutkah Penentang APCO antaranya Tuan Guru dilabelkan sebagai Pengganas?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan