Isnin, 24 Mei 2010

Hikmah dari Kisah Yaman dan Al Azhar(Antara Realiti dan Cita-cita)


Selepas menamatkan pengajian di Maahad Johor, ada perkara yang berlegar di otak aku ketika itu, hati aku berkata "lepas ni aku nak belajar kat Yaman sebab........". Sempat aku bertanya dengan beberapa tok guru di Maahad Johor seperti Ustaz Zulkifli, dan dia pernah berkata "Mesir tempat pengajian, ana pun pernah mengajar budak-budak Mesir, bagus diorang,berani bertanya, ana pernah belajar dengan ulamak pattani, syeikh-syeikh Al Azhar , sampai belajar kat rumah syeikh, zuhud kehidupan syeikh, banyak wali-wali Allah di Mesir,......" dan banyak perkara lagi yang kami sembangkan, rajin juga aku rujuk dengan dia semasa rehat dan selesai persekolahan ketika di Maahad Johor, bertambah minat aku utk belajar di Al Azhar.


Selesai menamatkan pengajian di Maahad Johor, aku kembali ke Madrasah Arabiah Kluang,aku bekerja sebagai warden ketika itu,alhamdulillah aku dapat belajar beberapa ilmu dengan pekerjaan ini, antara tugas aku ketika itu adalah mengejutkan para pelajar pada jam 4 pagi, pastikan mereka solat berjamaah di surau, menguruskan program di surau, dan macam- macam lagi. Ingat lagi nasihat ketua warden ,Ustaz Amaluddin kepada para warden " Ramai guru boleh mengajar,tapi tak ramai yang boleh mendidik pelajar". Moga para ustaz dan ustazah dirahmati Allah dan manfaat ilmu mereka ke atas kami. Semasa cuti persekolahan, Ustaz Kamal mengajak beberapa anak muridnya termasuk aku pergi ke Pondok Baitul Qura' untuk menuntut ilmu agama di sana. Mudir pondok tersebut adalah Ustaz Zulkifli B Ismail,moga Allah merahmatinya.Pelbagai ilmu sempat aku pelajari,termasuk mendengar alunan qasidah Muhammadiah yang dibacakan oleh anak murid guru mulia Habib Umar iaitu Syeikh Syawqi, banyak jugalah aku dengar cerita tentang para habaib Yaman darinya. Bermula dari itu, niat aku berubah arah dari Mesir ke Yaman.waktu tu aku bertekad "tak kisah Yaman tak ada sijil", lagi-lagi Ustaz Kamal suka kalau aku ke Yaman,sampai dia pernah kata "walaupun tak ada sijil , ramai juga pelajar keluaran sana menjadi manusia yang berguna".Tambahan pula mendapat restu dari mak ayah. Alhamdulillah.


Ketika kawan-kawan sibuk berkursus,aku sibuk bekerja,ketika kawan-kawan buat persiapan ke Al Azhar,aku buat persediaan ke Yaman,tinggallah beberapa minggu lagi kawan-kawan aku nak ke Al Azhar,tiba-tiba mak ayah berubah harapan dan menginginkan aku belajar di Mesir kerana peluang depan mata diutamakan dari cita-cita yang belum pasti.Ketika itu, berat juga hati nak menerimanya,aku terus berjumpa dengan Ustaz Kamal dan menceritakan perkara tersebut.Ustaz Kamal juga menasihati aku agar aku ke Mesir.Masa tu,aku kena ajar juga hati aku menerimanya,dan alhamdulillah,akhirnya pergi juga aku ke Mesir.


Alhamdulillah,kat Mesir macam-macam aku cari dan jumpa.Dulu niat aku nak pergi Yaman, rupa-rupanya kat Mesir ada Sahah Yaman setiap malam jumaat dan isnin, baca qasidah, baca Dhiya'ul Lami',dengar tazkirah dari anak murid Habib Umar,dan banyak lagi.Moga-moga aku mendapat manfaat dari bumi anbiak ini, i.sya Allah.


Wallahu a'lam.

1 ulasan:

  1. begitulah yg dinamakan hikmah...ia tidak mungkin akan diketahui sekiranya ia tidak dihayati..segala2nya merupakan perancangan Allah swt

    BalasPadam